Syarikat kami berdaftar dengan SSM dan menyediakan khidmat penghantaran
pada hari yang sama (same day delivery service) bagi parcel / barang yang
dipungut sebelum pukul 4 petang. Parcel / barang yang dipungut selepas pukul 4
petang akan dihantar pada keesokkan hari SEKIRANYA kami tidak berkesempatan
untuk hantar pada hari yang sama. Parcel / barang hendaklah tidak melebihi 8 kg
dan sesuai diangkut menggunakan motorsikal.
Waktu Penghantaran : Bermula dari pukul 8 pagi hingga 10
malam.
Caj Penghantaran :
Bermula DARI serendah RM 10.00 (bergantung pada jarak
perjalanan). Hantar dari 1 tempat ke 1 tempat sahaja, contoh ambil parcel /
barang dari lokasi A dan kemudian hantar ke lokasi B (untuk penghantaran 1 hala
dan 1 tempat sahaja).
Sekiranya terdapat parcel / barang yang perlu dihantar di lokasi
yang berbeza contoh 3 parcel dipungut dari lokasi A dan hendak dihantar ke
lokasi B, C dan D (berbeza-beza lokasi) atau terdapat penghantaran 2 hala
(hantar dan bawa balik semula), caj tambahan akan dikenakan.
Kaedah Pembayaran : Tunai sahaja (terus bayar masa kami
datang pungut atau hantar parcel / barang).
Lokasi Perkhidmatan :
Rawang, Serendah, Batang Kali, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu,
Selayang, Batu Caves, Taman Ehsan, Kepong, Bandar Sri Damansara, Kota
Damansara, Sungai Buloh, Puncak Alam, Gombak, Setapak, Sentul, Segambut, Mont
Kiara, Wangsa Maju, Taman Melawati, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Taman Keramat,
Setiawangsa, Ampang, Pusat Bandar Kuala Lumpur seperti Jalan Kuching, Jalan
Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Jalan Bukit Bintang, Jalan, Raja Chulan, Chow Kit, Kampung Baru, Kenanga Wholesale City.
Contoh parcel / barang yang boleh dihantar seperti pakaian,
makanan halal, perkakasan elektrik, gadjet, dokumen, memperbaharui pendaftaran
perniagaan SSM, kiriman pembelian barangan dan lain-lain parcel / barangan yang
tidak menyalahi undang-undang.
Walaubagaimanapun kami TIDAK menawarkan perkhidmatan penghantaran
dokumen / surat untuk syarikat guaman dan syarikat kutipan hutang.
Nota :
Pihak kami akan menyediakan nota kiriman sebagai bukti parcel
/ barang yang dihantar telah selamat sampai dan diterima oleh penerima atau
wakilnya.
Penghantaran boleh jadi tergendala atas sebab-sebab yang
tidak disengajakan seperti hujan lebat berpanjangan dan motorsikal mengalami
kerosakan yang tidak dapat dibaiki dengan kadar segera.
Untuk pertanyaan dan membuat tempahan penghantaran, sila sms,
telegram atau whatsapp ke nombor berikut :
Telefon dan sms sahaja : 011 – 1148 3880 / Telegram sahaja :
018 – 208 1808 / Whatsapp sahaja 011 – 2313 9954